Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 19 September 2011

puisi pasal puasa ..my idea


 puasa..
mendidik jiwa
bukan  setakat lapar dahaga
musim untuk menambah pahala
menjauhi dari segala dosa

puasa..
apakah  puasa kita akan diterima?
jika solat tidak dijaga
tiang agama semakin dilupa
terlalu asyik mengejar dunia?

bulan puasa..
banyakkan amal setiap masa
bersedekah jangan dilupa
belum pasti kita kan berjumpa
dengan ramadhan seterusnya

 bulan puasa..
rebutlah peluang semasa bernyawa
bila dah "keras" satu pun tak guna
banyakkan bekal ke akhirat sana
itu yg akan menolong kita
dari itu janganlah alpa

puasa...
kebanyakan kita kurang menghayatinya
tak sabar sabar nak tunggu raya
itu yang penting diminda kita
baju raya..  kuih raya.. semua untuk raya
itulah yang dinamakan manusia
mengejar dunia semata-mata..
hingga terlupa pada yg ESA..
tapi itu bukan semua
tahniah untuk mereka
yg memenuhi setiap masa 
dengan ilmu yg berguna
tanpa lupa akan penciptanya


 SUBHANALLAH!

umiliza
m1  rumah pk smas
8.02 am.
5 ramadhan

No comments:

Post a Comment