Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Thursday 28 July 2016

Brownies Kedut

Brownies Kedut Berkedut😂😂
Tetap faveret, cik kedut😘😘
Resepi: Dari fb kak Tahrunnisah Jali
Kita panjangkan pahala sahabat kita in sya Allah😊
Resepi Chewy Fudgy Brownies
250gm dark chocolate (saya guna beryls dark compound)
120gm butter (lurpak)
140gm all purpose flour (tpg gandum pun boleh)
30gm cocoa powder
1 tsp baking powder
3 biji telur saiz A
230gm brown sugar (dark brown sugar pun boleh)
1 tsp esen vanila
secubit garam
bancuhan 1sudu kecil nescafe dan 2 sudu besar air panas (*optional saya suka rasa aroma nya)
** nota tambahan -
jika nak letak almond, walnut,atau choco chip ... bakar dulu almond/walnut n campur dlm adunan ** begitu juga kalau nak topping - almond n walnut bakar dulu then baru tabur atas adunan sebelum bakar...
Caranya 1.
Panaskan oven 170c selama 10-15 minit ...
Gliss permukaan loyang (8x11) atau (10x10) dengan sedikit butter serta letakkan baking paper pada loyang serta gliss kan juga dgn butter
2. Chocolate masakan dicairkan dgn kaedah double boil setelah mencair masukkan butter . biarkan kedua2nya larut dan tutup api serta sejukkan.
3. Ayak all purpose flour/tpg gandum, cocoa powder serta baking powder dalam satu bekas. ketepikan
4. Dalam bekas yang lain pula pecahkan telur , masukkan brown sugar, esen vanila beserta bancuhan nescafe. Kacau sebati dan gula larut menggunakan hanya hand whisk. kacau agak2 dlm 2@3 minit sahaja 5. Kemudian tuangkan adunan chocolate masakan ke dalam adunan telor dan kacau sebati
6. Masukkan sedikit demi sedikit bancuhan tepung ke dlm adunan tadi...kaup balik sehingga sebati
7. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digliss dengan butter..ratakan permukaan adunan
8. Bakar adunan suhu 170c selama 40-45 minit api atas bawah atau hingga masak Jangan terlalu lama nanti brownies terlalu kering... setelah masak tempohnya buka sedikit pintu oven biarkan brownies dlm 10-15 minit dlm oven. kemudian baru dikeluarkan dan potong brownies waktu ia masih panas...SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment