Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Sunday 24 July 2016

Lidah kucing

Lidah meow LIDAH KUCING Resepi : Fatmah Bahlawan Rujukan : Citarasawan 250 gm mentega 175 gm gula kastor 100 ml putih telur 200 gm tepung gandum 50 gm tepung jagung 1/4 sudu teh emplex Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian Letakkan pewarna untuk setiap bahagian Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

No comments:

Post a Comment