Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 25 July 2016

Set lengkap nasi ganja

Ada tiga resepi lengkap disini..
1.nasi ganja
2.ayam goring
3.kuah kari mamak
Resepi asal: Ida Shahid

Nasi ganja(5 orang)
4 cawan beras
6 cawan air ( atau ikut je sukatan beras anda seharian)
( kalau beras basmati- 3 cawan=4 1/2 cawan air)
Bawang putih 4 ulas*
Bawang merah 8 ulas*
3 Kulit kayu manis*
3 Bunga lawang*
5 Biji pelaga*
3Bunga cengkih*
Rempah sup adabi 1 bungkus kecil*(serbuk)
6-8 titis pewarna kuning telor( bubuh sampai jadi warna nasi mcm saya buat tu)
Bahan2 yang bertanda * -ditumis dgn minyak masak sikit Dan campur minyak sapi sikit agak2 1/4 cawan
(dah siap tumis masukkan air bila dah didih masukkan beras..dan pewarna kuning telor 3 titis.kacau2 pastu masukkan Cili sos maggi-6 camca besar Sedikit garam gula Dan ajinomoto( jika suka) masaklah macam biasa sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/ masak merah/masak hitam/dalca

AYAM GORENG NASI GANJA

Satu ekor ayam potong 12 ketul
2 sudu serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu serbuk ketumbar ( jika suka)
1 sudu kecil jintan manis ( jika suka) sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang dikisar dng air
bawang merah 10
bawang putih 6
halia 2 inci
serai 2 btg campurkan semua bahan kedlm mangkuk besar. pastikan adunan kental dan dapat menyalut isi isi ayam dengan sempurna. dikacau.dah sebati rempah tu semua masukkan ayam.
perap sekurang kurangnya 30 minit.klu lg lama lg bagus sbb lg sedap.
pastu boleh lah digoreng dengan api yg kuat-sederhana - perlahan( main api supaya isi ayam didalam dapat masak sekata. klu tk control api dng baik nanti rempah yg diatas ayam tu hangus pula. jadi hati hati. ( jika anda ada oven atau microwave, boleh lah di ' cook' dahulu isi ayam tu selama 12-15 minit . bila dah 'cook'...keluarkan- pastu baru dimasukkan kedlm adunan rempah tadi- perapkan.( bila buat mcm ini baru isi .ayam betul betul masak sempurna dan cantik keadaannya bila digoreng dlm kuali- elak hangus dan tidak masak isi didalam)

KUAH KARI MAMAK( kuah taruh atas) Resepi kari ( kuah mamak)
DiSbbkan kita hanya buat ayam goreng so kita perlukan kuahnya juga . Baru lah sedap. Ada kuah boleh taruh atas.
2 bungkus kecil Rempah kari ayam Allagapas/babas
1 bungkus kecil rempah kari ikan
1 sudu serbuk cili ( dicampur dan gaul dng air 1/2 cawan-pekat)
Di tumbuk-tumis
Bawang merah 5
Bawang putih 4
Halia 1 inci
1-2 kiub ayam
Gula
Garam
Air asam jawa
Air 4 cawan
Minyak 3/4 cawan
Panaskan minyak dlm periuk.bila panas tumis bhn tumisan td. Bila dah harum masukkan rempah yg dibancuh td. Pastu kacau kacau lah.bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya cepat cepat tambahkan air. Biar mendidih 2 kali. Pastu masukkan kiub ayam,gula, garam, asam jawa paste 1/2 sudu atau air asam jawa pekat 1 sudu. Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap. Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam. ( resepi kuah manak ini hanya buat bila anda buat ayam goreng sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari manak lg. Kari mamak ini juga jika suka abda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi. Baru masukkan air.

No comments:

Post a Comment