Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Wednesday 31 August 2016

KEK CHOCOLATE LAVA BERHANTU

KEK CHOCOLATE CHESE LAVA BERHANTU sumber: blog sis azlita masam manis
1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
telur 2 biji
Satukan semua bahan kering dan ayak Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist.
Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair. Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..
Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak
Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan.
Sekejap aje... tutup api.
Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~
( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar Susun bekal aluminium dalam kukus Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese KRIM CHEESE 250 gm Cheese 500 ml UHT Whipping Cream 3 sudu besar susu pekat manis 1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada ) Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental. * Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul COKLAT LELEH 250 gm coklat masakkan gelap 250 ml UHT Whipping Cream 1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu 1 sudu besar butter 1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada ) 1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada ) Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk. Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan Biarkan coklat mencair Tambahkan esen vanilla dan gaul rata Biarkan sejuk Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah ) Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek. Kek yang telah di potong di letakkan cheese Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese Ratakan cheese di atasnya Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi. Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit Sedia di nikmati

No comments:

Post a Comment