Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Monday 1 August 2016

Gerang Asam

Gerang asam RESEPI #1
GERANG ASAM (ASAM PEDAS DAGING)

Bahan-bahan
• 1/2 kilo daging tetel (dibersihkan)
• 4 batang serai (diketuk),
• 5 helai daun limau purut •
1 inci lengkuas (diketuk)
• 1 inci halia (diketuk)
• 1 sudu besar kunyit serbuk atau
1 icni kunyit hidup (ditumbuk halus)
• 150 g chili kisar (kalau suka pedas boleh dilebihkan)
• 10 -15 biji lada hitam (ditumbuk halus) • 5 ulas bawang putih (diketuk)
• 4 ulas bawang merah (diketuk) • sekeping kelapa (dibakar hangus, dikikis yg hitam2 tu, dan diketuk) masukkan semasa lauk tengah mendidih-harum bau kelapa tu akan membuat kuah menjadi sedap
• minyak untuk menumis
• asam jawa,garam dan serbuk perisa

Cara-cara:
1. Panaskan minyak.
Masukkan bawang putih, bawang merah, lada hitam, kunyit, lengkuas, halia, daun limau purut dan serai. Tumis hingga wangi.
2. Masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air asam jawa. (Masukkan air asam jawa secawan dulu, lepas tu biarkan mendidih sekejap, supaya naik minyak) lepas tu perah lah lagi air asam sehingga menjadi 5 cawan
3. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan daging tetel. Biarkan ia mereneh hingga daging lembut dan masukkan garam, serbuk perasa dan sekeping kelapa yg telah di bakar tadi.
4. *kuah biar lebih sedikit supaya daging dapat mereneh lebih lama. Kuah jagan terlalu pekat atau terlalu cair. Boleh dihidangkan bersama nasi atau cicahan roti atau lempeng kelapa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment